RASM UTHMANI; HUBUNGANNYA DALAM BIDANG ILMU QIRAAT Oleh: Norazman bin Alias Abdul Muhaimin bin Ahmad Muhammad Hafiz bin Saleh
! " # $ %
Abstrak: Rasm Uthmani merupakan kaedah penulisan al-Quran mengikut gaya penulisan
yang telah ditetapkan oleh Khalifah Islam yang ketiga, Uthman ibn Affan r.a. Kaedah penulisan al-Quran ini mempunyai kaitan dengan ilmu Qiraat di mana setiap kalimah al-Quran itu ditulis dengan mengambil kira aspek perbezaan bacaan al-Quran atau lebih dikenali dengan ilmu Qiraat. Ilmu Qiraat pula merupakan ilmu yang memberikan penjelasan dan penerangan tentang perbezaan bacaan al-Quran mengikut bacaan imam-imam Qiraat yang masyhur. Berdasarkan kepada definisi kedua-dua ilmu tersebut, sedikit-sebanyak telah menunjukkan bahawa hubungan dua bidang ilmu ini saling berkait rapat dalam bacaan al-Quran dan pemeliharaan al-Quran itu sendiri. Hubungan antara kedua-dua ilmu tersebut lebih jelas lagi apabila sejarah penulisan al-Quran pada zaman Saidina Uthman ibn Affan r.a. telah menunjukkan bahawa penulisan alQuran pada zaman beliau bermula disebabkan oleh kekhilafan dan perbezaan pendapat di kalangan umat Islam terhadap ilmu Qiraat yang berbeza antara satu sama lain. Justeru, kertas kerja ini akan mengupas lebih lanjut dan terperinci tentang hubungkait antara Ilmu Rasm Uthmani dan ilmu Qiraat dengan membawa contoh-contoh sejarah daripada beberapa buah kitab untuk menonjolkan kelebihan mempelajari kedua-dua bidang ilmu ini dalam konteks memelihara kesucian al-Quran. Kertas kerja ini juga akan mengemukakan beberapa contoh ayat al-Quran mengikut Rasm Uthmani yang berkaitan dengan perbezaan bacaan al-Quran yang mutawatir.
Apakah ilmu Rasm Uthmani ? Definisi
Syeikh Abd al-Mun’im Kamil Syair: “kaedah atau cara penulisan perkataanperkataan al-Quran pada mushaf-mushaf yang ditulis oleh para sahabat di zaman pemerintahan Uthman ibn Affan r.a, dan dihantar ke negara-negara Islam”
Sejarah Rasm Uthmani Talaqqi Sahabat
Para sahabat talaqqi al-Quran di hadapan Rasulullah S.A.W. dengan huruf dan bacaan yang berbeza Talaqqi Tabiin dan Orang Awam
Para tabiin pula mempelajari bacaan yang berbeza daripada para sahabat tadi dan mengajarkannya kepada penduduk di negara Islam yang lain.
Sejarah Rasm Uthmani Perselisihan Lalu berlakulah perselisihan di kalangan umat Islam terhadap bacaan al-Quran sehinggakan ada yang sanggup mengatakan bacaan si fulan adalah salah
Cadangan Sahabat Maka seorang sahabat Rasulullah S.A.W. iaitu Huzaifah al-Yamani mencadangkan agar dikumpul suhuf menjadi mushaf yang disepakati penulisannya
Sejarah Rasm Uthmani Permuafakatan Sahabat Hasil permuafakatan untuk menghimpunkan semula ayat-ayat al-Quran, maka Khalifah Uthman melantik empat orang sahabat sebagai penulis wahyu
Masahif al-Amsar Kemudian, mushaf yang telah ditulis dihantar ke negara-negara Islam sebagai rujukan utama bagi bacaan al-Quran
Faktor Pengumpulan al-Quran Perbezaan Bacaan Umat Islam Bacaan yang pelbagai tanpa mengetahui qiraat mutawatirah yang lain telah membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam
Perbezaan Bacaan Guru Riwayat Abi Ayyub bahawa ada di kalangan umat Islam yang sanggup mengkafirkan saudara Islam yang lain akibat perbezaan bacaan al-Quran yang diajar oleh guru-guru mereka
Faktor Pengumpulan al-Quran Penulisan Mushaf Khas Para sahabat menulis mushaf sendiri untuk bacaan mereka di mana mushaf tersebut mempunyai ketujuh-tujuh huruf yang diturunkan kepada Rasulillah S.A.W. termasuk huruf-huruf yang telah dihapuskan ketika al-‘Irdhoh al-Akhirah Namun begitu, para sahabat r.a.h. sememangnya mengetahui akan perbezaan antara ayat al-Quran dan ayat tafsiran/ ayat mansukh
Bilangan Mushaf Abu Bakr al-Sajastani dan al-Qurtubi Tujuh buah mushaf termasuk mushaf Imam
Al-Qurtubi Empat buah mushaf termasuk mushaf Imam
Abu Amr al-Dani Enam buah mushaf (tanpa menyebut mushaf Imam)
Al-Suyuti Lima buah mushaf tidak termasuk mushaf Imam
Pendapat ulama tentang Rasm Uthmani: Imam Malik, Imam Ahmad, Ibn Darastawaih, Abu alBaqa’, Al-Qadhi ‘Iyadh : Rasm Uthmani ialah TAUQIFI dan tidak boleh mengubahnya, haram menyalahi (penulisan) nya serta penyusunannya adalah termaktub mengikut surah dan ayat Abu Bakr al-Baqillani, Ibn Khaldun: Rasm Uthmani ini adalah BUKAN TAUQIFI dan tidak salah sekiranya mengubah penulisan mengikut kaedah penulisan bahasa Arab (selagi mana tidak berubah ayat al-Quran)
Pendapat ulama tentang Rasm Uthmani: Izzuddin Abd al-Salam, Badruddin al-Zarkashi : Harus hukumnya untuk menulis al-Quran dengan penulisan bahasa Arab kini bagi masyarakat awam, namun juga dengan menjaga dan mengekalkan Rasm Uthmani oleh para ulama dan orang-orang tertentu (pakar al-Quran)
Hubungan Rasm Uthmani dengan ilmu Qiraat Mushaf pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. adalah tidak bertitik dan tidak berbaris Namun begitu, Rasm Uthmani pada mushafmushaf tersebut meliputi tujuh huruf yang diturunkan ke atas baginda S.A.W serta qira’at
Hubungan Rasm Uthmani dengan ilmu Qiraat Rasm Uthmani; Beza Bacaan, Satu Penulisan
/ / Terdapat dua qira’at iaitu pada huruf sod di mana ia dibaca dengan sod dan sin Meskipun ia ditulis dengan sod, namun asal hurufnya ialah sin Kedua-duanya adalah bacaan yang mutawatir
Hubungan Rasm Uthmani dengan ilmu Qiraat Rasm Uthmani; Beza Bacaan, Sama Penulisan
0 1. ! "# $ % ' & ( ( ) * + , -%/.' ( : 2 345" 76 #" 48 Perkataan yang bergaris di atas, dibaca dengan dua qira’at iaitu huruf ba’ dan huruf tha’. Kedua-duanya adalah bacaan yang mutawatir Rasm Uthmani pada zaman tersebut merangkumi kedua-dua bacaan ini di mana ia ditulis tanpa titik dan tanpa baris
Hubungan Rasm Uthmani dengan ilmu Qiraat Contoh lain:
* :; < ( , " 5" 98 : Perkataan
, " 5" 98
dibaca dengan dua qira’at iaitu
‘mengekalkan’ huruf alif soghirah selepas huruf mim atau membuangkannya Kedua-duanya adalah bacaan yang mutawatir Rasm Uthmani pada zaman tersebut merangkumi kedua-dua bacaan ini di mana ia ditulis tanpa titik dan tanpa baris
Hubungan Rasm Uthmani dengan ilmu Qiraat Rasm Uthmani Yang Berkaitan Dengan Buang dan Tambah (Huruf dan Baris)
=.F . ( ?5 @ 3A4B C 6 %D( " 4B 6 "EB( !B =3 : * :; 6 G% . Perkataan bergaris, bacaan yang pertama
=3
(oleh Ibn Kathir, Abu Amr, ‘Asim, Hamzah, al-Kisaie, Ya’qub, Khalaf al-‘Asyir) ditulis pada mushaf al-Kufah dan al-Basrah Bacaan yang kedua pula ialah
= ( >. (oleh Nafi’, Ibn
‘Amir, Abu Ja’far) ditulis pada mushaf al-Madinah dan al-Syam
Hubungan Rasm Uthmani dengan ilmu Qiraat Contoh lain:
6E6 3 * "P@ M -NO * L !6 * 8" . %3 ON . %DB3' : M6 !-(ON !TU ( HI ( K J 34L ( !6 . 3;+ >. 6 4( + 6QM ( !6 4( + 6 ?5 A Q " 3M J 'R( SB Terdapat dua qira’at yang berbeza dari segi penambahan perkataan dan pembuangan perkataan iaitu penduduk Makkah sahaja yang membaca ( *( 8" K J 34L dengan menambah * ( 8" pada ayat HI
mengikut bacaan Imam Ibn Kathir Adapun penduduk di negara Islam membacanya dengan membuang * ( 8"
yang
lain
Hubungan Rasm Uthmani dengan ilmu Qiraat Rasm Uthmani; Beza Bacaan Dari Sudut Taqdim dan Ta’khir
( !6 4( + @ YF1. OZ %5T"% %5. A"5 W A"# %X %> : ( ! ".[:W Perkataan yang bergaris di atas, dibaca dengan tiga qira’at iaitu Imam Hamzah, al-Kisaie dan Khalaf al‘Asyir membacanya dengan mendahulukan %5T"%
daripada %5.
Qira’at yang kedua oleh Imam Ibn Kathir dan Ibn ‘Amir pula membacanya dengan mengakhirkan %5VT"%
dan dibaca dengan tashdid (bersabdu)
Hubungan Rasm Uthmani dengan ilmu Qiraat Qira’at ketiga yang dibaca oleh Imam Nafi’, Abu Amr, ‘Asim, Abu Ja’far dan Ya’qub pula membacanya sebagaimana pada ayat di atas Maka terdapat mushaf yang ditulis dengan mendahulukan %5T"% dan juga terdapat mushaf yang
mendahulukan %5.
Penutup Rasm Uthmani yang telah ‘diasaskan’ oleh Khalifah Uthman bin Affan r.a. merupakan satu kaedah penulisan ayat-ayat suci al-Quran yang amat hebat dan tinggi nilainya Keagungan Rasm Uthmani ini dapat dilihat menerusi hubungkaitnya dengan perbezaan qira’at yang pelbagai di dalam al-Quran al-Karim Justeru, pemeliharan Rasm Uthmani ini perlu diteruskan dan dikekalkan dalam usaha memartabatkan al-Quran dan qira’at demi melahirkan generasi celik al-Quran pada zaman akan datang
Thank you for your attention