PERATURAN SEPAK TAKRAW (ANTARA REGU) 1.
NAMA Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Sepak Takraw Antara Regu Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2011.
2.
KELAYAKAN 2.1
3.
Semua IPTA Malaysia yang bergabung dengan MASUM dan Universiti - Universiti jemputan layak menyertai Pertandingan STM.
Peserta 3.1
Semua pelajar yang berdaftar dan menghadiri kursus sepenuh masa diperingkat Diploma dan Ijazah Pertama yang ditawarkan di IPTA Malaysia yang menjadi ahli gabungan MASUM.
3.2
Semua pelajar yang berdaftar dan menghadiri kursus sepenuh masa di peringkat pasca siswazah layak mengambil bahagian dengan syarat mendapat pengesahan daripada Jabatan Pengajian Siswazah IPTA masing-masing.
3.3
Pelajar Pra-U, Pra-Diploma, Pra-Ijazah adalah tidak dibenarkan mengambil bahagian. Hanya pelajar Pra-U, Pra-Diploma, PraIjazah, Matrikkilasi dan Kursus Asasi yang diuruskan oleh Universiti berkenaan dibenarkan mengambil bahagian
3.4
Pelajar-pelajar tahun akhir yang telah menamatkan pemgajian hanya layak mewakili Universiti sehingga semester berkenaan berakhir sahaja.
3.5
Borang-borang penyertaan yang lengkap dengan nama peserta dan lain-lain maklumat yang diperlukan hendaklah dikemukakan oleh pasukan kepada pihak pengelola tidak lewat tarikh yang telah ditetapkan. Pertukaran peserta boleh dibuat semasa Taklimat Pengurus Pasukan sebelum pertandingan bermula.
4.
PERATURAN 3.1
Selain dari peraturan yang terkandung, maka Sepak Takraw STM ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Permainan Gabungan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) yang berkuatkuasa pada ketika ini.
3.2
Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan dan undang-undang berkenaan diputuskan seperti berikut: 3.2.1 Semua kejadian am akan diputuskan oleh Ahli MASUM. 3.2.2 Sebarang persoalan tentang teknikal akan dijawab oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan MASUM.
5.
3.3
Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka Undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
3.4
Semua keputusan yang dibuat oleh Ahli MASUM atau Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan MASUM adalah muktamad.
PENDAFTARAN/PEMBENTUKAN PASUKAN 4.1
Tiap-tiap pasukan hendaklah mendaftarkan nama-nama pegawai dan pemain masing-masing kepada Jawatankuasa Pengelola Kejohanan.
4.2
Setiap ahli atau pasukan jemputan hanya akan diwakili oleh sekurang-kurangnya SATU dan tidak lebih dari TIGA REGU.
4.3
Bilangan Pegawai dan pemain seperti berikut:
Sepak Takraw Minimum Maksimum
Pengurus 1 1
Jurulatih 1 1
Pemain 3 5
Jumlah 5 7
4.4
Pendaftaran penuh pemain-pemain hendaklah dibuat melalui BORANG PENDAFTARAN PEMAIN yang mengandungi tidak lebih dari 2 orang pegawai serta tidak kurang dari 3 orang pemain dan tidak lebih dari 5 orang pemain.
4.5
Seseorang pemain berdaftar hanya boleh mewakili SATU REGU sahaja. Jika mana-mana pemain didapati telah berdaftar lebih dari SATU REGU, maka pemain berkenaan secara automatik akan digantung daripada menyertai keseluruhan kejohanan ini dan PASUKAN tersebut akan dihadapkan kepada tindakan tatatertib.
6.
4.6
BORANG PENDAFTARAN PEMAIN berkenaan hendaklah diterima oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan MASUM pada atau sebelum tarikh tutup Pendaftaran bersama Kad Pemain.
4.7
Sebarang pertukaran pemain selepas Pendaftaran dibuat adalah TIDAK dibenarkan kecuali PENAMBAHAN Pendaftaran Pemain adalah dibolehkan bagi mencukupi jumlah sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 5.3. Pendaftaran Tambahan pemain ini hendaklah dibuat melalui BORANG PENDAFTARAN PEMAIN (TAMBAHAN) dan hendaklah diserahkan pada atau sebelum Taklimat Penguruspengurus Pasukan.
4.8
Pengesahan Penyertaan pada setiap peringkat hendaklah sampai kepada Urusetia Jawatankuasa Pengelola Kejohanan pada atau sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.
4.9
Senarai nama pemain mengikut regu hendaklah diserahkan kepada pengadil rasmi 30 minit sebelum jadual perlawanan dimulakan.
KAD MATRIK Semua peserta dikehendaki membawa bersama kad matrik sepanjang kejohanan dijalankan.
7.
SISTEM PERTANDINGAN 7.1
Pertandingan akan dijalankan dalam DUA PERINGKAT bagi iaitu peringkat PUSINGAN PERTAMA dan PUSINGAN KEDUA. 7.1.1
Pertandingan Pusingan Pertama akan dijalankan secara LIGA satu pusingan dan pasukan akan dibahagikan kepada kumpulan secara undian.
7.1.2
Pertandingan Pusingan kedua akan dijalankan secara KALAH MATI.
7.1.3
Pembahagian MATA.kategori. Mana-mana pasukan yang dengan:
memenangi
7.1.3.1 Menang 2 - 0 akan mendapat 7.1.3.2 Menang 2 - 1 akan mendapat 7.1.3.3 Kalah
lawannya
3 mata 2 mata 0 mata
7.1.3 Sekiranya selesai semua perlawanan dalam sesuatu KUMPULAN, kiraan MATA diperolehi sama oleh DUA PASUKAN atau lebih, maka kemenangan akan ditentukan dengan cara turutan peraturan berikut:
7.2
8.
Kiraan Perbezaan Regu yang di perolehi.
7.1.4.2
Kiraan perbezaan SET - Pasukan yang telah memperolehi lebih kiraan perbezaan SET, akan dikira menang.
7.1.4.3
Kiraan perbezaan ANGKA-ANGKA MATA Pasukan yang telah memperolehi lebih kiraan perbezaan ANGKA-ANGKA MATA.
7.1.4.4
Sekiranya dengan kaedah-kaedah di atas terdapat sama juga oleh DUA REGU sahaja, maka REGU yang telah mengalahkan lawannya akan dikira menang dan jika kaedah ini juga tidak mendapat keputusan, maka REGU-REGU berkenaan akan diundi bagi menentukan kedudukan Pemenang Kumpulan
Semua REGU mestilah berada 30 minit sebelum perlawanan dijadualkan bermula. Jika mana-mana REGU tidak melaporkan diri 10 minit selepas waktu yang dijadualkan atau melaporkan diri dengan pemain-pemainnya yang kurang dari 3 orang. Maka REGU berkenaan tidak layak meneruskan perlawanannya dan dianggap menarik diri.
JERSI 8.1
9.
7.1.4.1
Seseorang pemain bagi setiap Regu hendaklah berjesi seragam dan bernombor yang kekal yang telah didaftarkan di sepanjang Kejohanan ini. Nombor-nombor JERSI bagi setiap Regu hendaklah dari nombor 1 – 30 sahaja.
MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH 9.1
Setiap pasukan dimestikan menghabiskan setiap perlawanan dan tidak boleh dengan sengaja memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan untuk perlawanan yang akan atau sedang berlangsung. Setiap pasukan dikehendaki meneruskan permainan walupun telah layak untuk pusingan seterusnya.
9.2
Jika berlaku kecederaan sebelum perlawanan dan pasukan terlibat memberi kemenangan kepad pihak lawan maka pemain yang cedera mestilah mendapat pengesahan daripada Doktor Universiti yang disediakan oleh Tuan Rumah/Jawatankuasa Pengelola.
10.
11.
12.
KELEWATAN 10.1
Hanya 10 minit sahaja masa yang diberikan kepada sesuatu pasuka/regu yang lewat dan selepas tamat tempoh masa tersebut, pihak lawannya yang berada di gelanggang akan diberikan kemenangan percuma dengan pemberian 3 MATA dan kiraan mata 21-0, 21-0.
10.2
Jika didapati sesuatu regu dengan sengaja menarik diri/memberikan kemenangan percuma, maka REGU berkenaan akan diambil tindakan tatatertib oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan MASUM.
JADUAL DAN GELANGGANG 11.1
Jadual dan gelanggang perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan MASUM setelah berunding dengan Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan akan diedarkan kepada semua REGU yang mengambil bahagian selewat-lewatnya semasa TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN yang akan diadakan sebelum perlawanan hari pertama.
11.2
Jadual yang telah ditetapkan adalah muktamad.
PERALATAN 12.1
13.
14.
Bola yang akan digunakan adalah GAJAH EMAS
PEGAWAI-PEGAWAI PERTANDINGAN 13.1
Kejohanan ini akan diadili oleh Pengadil-pengadil ASTAF/KEBANGSAAN/NEGERI yang dilantik oleh Lembaga Pengadil AHLI yang menjadi tuan rumah.
13.2
Jawatankuasa Pengelola berhak melantik Penjaga-penjaga Garisan yang bertugas bagi setiap perlawanan.
HADIAH-HADIAH 13.1
Pemenang tempat pertama, kedua dan dua tempat kalah diseparuh akhir layak menerima hadiah.