KEASLIAN SANAD PENGAJIAN ALQURAN: KELANGSUNGAN TRADISI ILMU ALQURAN
Oleh : JAMALUDDIN BIN ADAM DR KHAIRUDDIN BIN SAID
PENGAJIAN AL-QURAN BERSANAD
Introdusir
Bacaan atau qira’at al-Quran mestilah dilaksanakan sebagaimana bacaan yang diajarkan kepada Rasulullah SAW oleh Jibrail AS. Bacaan ini disampaikan dalam bentuk yang asal tanpa perubahan dari satu generasi ke satu generasi secara bersemuka dan diperakui penyampaian bacaan tersebut melalui sistem pentauliahan yang dikenali sebagai sanad. Kajian ini bertujuan untuk mengemukakan analisis tentang sanad berfokuskan kepada pelaksanaan sistem dan elemen yang mendokong kelangsungannya sebagai metode pengajian al-Quran. sistem pengajian ini dapat dibuktikan dengan sejarah dan amalan yang terus terpelihara sebagai turath dalam keilmuan Islam. Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dalam lingkungan 23 tahun kerasulan Muhammad SAW telah mengalami satu proses yang tersendiri berbandingan dengan penurunan Kitab-Kitab yang terdahulu
Konsep Sanad berasal dari perkataan “ ََ َ ” yang bermaksud bertelekan, berteleku, bersandar dan menyandarkan. Manakala “ ٌَ َ ” pula bermaksud tempat sandaran Istilah sanad dalam ilmu hadis dikenali sebagai rangkaian perawi-perawi hadis yang meriwayat daripada seseorang daripada seseorang sehingga sampai kepada Rasulullah SAW . Sanad diistilahkan sebagai rangkaian muqri’ daripada muqri’ sehingga sampai kepada Rasulullah SAW. Sanad
Abd
Allah bin Mubarak menegaskan bahawa “al-isnad (sanad-sanad) itu adalah sebahagian daripada agama, kalau ia tiada, nescaya sesiapa sahaja akan berkata apa sahaja yang dia suka.” “Sanad itu senjata mukmin. Jika seseorang tidak memiliki senjata, maka dengan apakah dia ingin berperang” Sufyan ibn `Uyaynah meriwayatkan bahawa suatu hari Imam al-Zuhri telah membacakan satu hadis, maka aku berkata kepadanya “berilah aku hadis itu tanpa sanadnya”. Lantas Imam al-Zuhri menjawab “adakah engkau ingin memanjat ke bumbung tanpa menggunakan tangga” Ibn Sirin menyatakan pendapatnya mengenai perkara tersebut dengan teorinya “sesesungguhnya ilmu ini merupakan sebahagian daripada agama (amanah), maka perhatikanlah daripada siapa kamu mengambilnya (mempelajarinya)”
Penganugerahan Sanad Sanad
telah diperbincangkan sebagai asas yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya dalam kajian ilmuilmu Islam. Keilmuan Islam mempunyai konsep yang tersendiri berdasarkan sumber-sumber ilmu yang berasaskan wahyu dan kajian. Ilmu wahyu diperolehi secara langsung dari Allah melalui perantara malaikat meliputi al-Quran dan hadis Ilmu kajian berdasarkan usaha manusia mengkaji alam ciptaan Allah untuk diterokai dan menghasilkan sesuatu dapatan yang diperlukan dalam kehidupan yang sentiasa berubah.
Istilah sanad berkait rapat dengan ijazah yang merupakan suatu pemberian daripada seorang guru kepada muridnya yang berkelayakan sebagai akuan (taqrir) bagi mengesahkan atau mengakui bahawa muridnya itu telah selesai dalam pengajiannya dan berjaya serta layak dianugerahkan ijazah Prosedur yang digunakan dalam penganugerahan sanad sangat teliti dan ketat. Keadaan ini dipengaruhi oleh rasa keimanan dan tanggung jawab seorang rijal atau muqri’ terhadap ilmu yang disampaikan kepada rijal atau qar Setiap muqri’ berpuas hati bahawa bacaan qari adalah sama atau sampai ke tahap sebagaimana bacaan yang diajarkan oleh Jibril a.s. kepada Nabi Muhammad SAW
Dari sudut afektif pula, setiap qari telah dibimbing akhlak dan peribadinya oleh muqri’ dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Keperibadian seorang qari telah boleh terlepas dari pandangan gurunya sesuai dengan peranannya yang disebut sebagai hamlatul al-Qur’an. Sanad hanya diperolehi melalui pengajian secara bertalaqqi iaitu memperolehi bacaan secara berhadapaan dengan seorang guru dan mengambil bacaan secara langsung dari mulut guru dengan melihat pergerakan mulut atau bibir guru dan guru tersebut juga memperolehi bacaan daripada gurunya dengan cara yang sedemikian Disiplin ini telah diwarisi dari generasi awal sebagaimana disebut oleh ‘Urwah bin al-Zubayr : “sesungguhnya qira’at al-Quran merupakan satu sunnah dari sunnah-sunah Rasulullah SAW maka hendaklah kamu semua membacanya sebagaimana dibacakan qira’at tersebut kepada kamu.”
‘Amir bin al-Sa‘bi : “sesungguhnya qira’at al-Quran merupakan satu sunnah maka hendaklah kamu membacanya sebagaimana orang-orang terdahulu dalam kalangan kamu membacanya. ل ا ِ ﺹ ا ُ ْ ُ إِن َر: ل أ ر ا .# َ$ َآ# ْ & ُ ْ ' ِ ٍ)* ُ َر+)ُأ ُآ,َ ْ .َ أَن# ْ ُآ,ُ ' ُ /ْ .َ #و ‘Ali bin Abi Talib RA berkata: “sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan kamu agar membaca setiap individu dalam kalangan kamu membaca (yakni alQuran) sebagaimana dia mengajar.” Ahmad, no. hadis: 3971.
Sanad merupakan sandaran yang penting bagi seseorang dalam menerima bacaan al-Quran kerana bacaan yang bersanad boleh menolak keraguan pada bacaan tersebut dan membukti kesahihan bacaan yang diterima.
Seseorang
yang khatam al-Quran dengan tajwid yang sempurna di hadapan gurunya yang bersanad maka bacaan tersebut dikira bacaan yang bersanad sama ada dikurniakan sanad yang bertulis atau sebaliknya. “‘uluwwu al-isnad” merupakan satu sunnah dan perbuatan yang dapat menghampirkan diri dengan Allah SWT. Ahli Hadith telah membahagikan keadaan tersebut kepada 5 bahagian seperti berikut. Sanad merupakan sandaran yang penting bagi seseorang dalam menerima bacaan al-Quran kerana bacaan yang bersanad boleh menolak keraguan pada bacaan tersebut dan membukti kesahihan bacaan yang diterima.
5 Bahagian seperti berikut.
Pertama: Antara kandungan istilah “‘uluwwu al-isnad” ialah hampir dengan Rasulullah SAW dari sudut bilangan isnad yang bersih tanpa dha‘if. Pada zaman al-Suyuti, bilangan isnad sebanyak empat belas orang periwayat dari qira’at Ibn ‘Amir dari riwayat Ibn Dhakwan dan kemudiannya menjadi lima belas bagi qira’at ‘Asim dari riwayat Hafs serta qira’at Ya‘qub dari riwayat Ruways. Kedua: Hampir kepada Imam daripada kalangan Imamimam Hadith seperti al-A‘masy, Husyam, Ibn Jurayj, alAwza‘i dan Malik. Keadaan yang sama berlaku dalam bidang qira’at dengan keadaan hampir kepada imamimam yang tujuh. Maka keadaan yang paling tinggi yang berlaku pada hari ini bagi syeikh-syeikh dengan sanad yang bersambung dengan bacaan kepada Nafi’ sebanyak 12 dan kepada ‘Amir juga sebanyak 12 orang.
Ketiga: ‘Uluw dengan dinisbahkan kepada riwayat salah satu al-Kutub al-Sittah. Apabila seseorang meriwayatkan sebuah hadis yang jika diriwayatkan dari tariq salah satu kitab dari al-Kutub al-Sittah pasti akan berlaku nazil sesuatu yang diriwayatkan dari tariq yang lain. Sebanding dengannya jika dinisbahkan kepada sebahagian kitab yang masyhur dalam ilmu qira’at seperti al-Taysir dan al-Syatibiyah. Keempat: Kematian seorang syeikh terdahulu dari rakannya yang mengambil daripada gurunya. Sebagai contoh, seseorang yang mengambil qira’at daripada al-Taj bin Maktum lebih ‘ala daripada seseorang yang mengambil daripada Abu al-Ma‘ali bin al-Lubnan, dan daripada Ibn al-Lubnan lebih ‘ala daripada al-Burhan al-Syami sekalipun mereka bersekutu dalam mengambil qira’at daripada Abu Hayyan kerana terdahulunya kematian yang pertama atas yang kedua dan kedua atas yang ketiga. Kelima: ‘Uluw dengan sebab kematian seseorang syeikh tanpa melihat kepada perkara lain atau syeikh yang lain bila berlaku. Sebahagian Ahli Hadith berkata bahawa pensifatan sanad yang ‘uluw hanya berlaku setelah berlalunya kematian seseorang syeikh selama 50 tahun atau menurut Ibn Mandah 30 tahun. Dengan keadaan ini sesiapa yang mengambil qira’at dari sahabat Ibn al-Jazari lebih ‘ali dari tahun 863 kerana Ibn al-Jazari adalah orang yang paling akhir dari sudut panjang umur kerana berlalu atasnya pada masa kematiannya 30 tahun.
Kekuatan
sanad sebagai satu senjata yang kukuh adalah kesahihan terhadap sanadnya. Perkara ini telah disepakati ulama qira’at dan meletakkan kesahihan sanad sebagai salah satu daripada rukun al-qira’at yang tiga. syarat kedua ialah bertepatan dengan bentuk bahasa Arab dari yang pelbagai bentuk sama yang paling fasih ketiga pula, bertepatan dengan salah satu qira’at di dalam mushaf Uthmani
Kepentingan
sanad dapat difahami dari inisiatif Islam yang menuntut umatnya agar berwaspada dengan sesuatu berita yang disampaikan kerana dikhuatiri kebenarannya. Ini kerana secara teorinya, setiap khabar berita yang sampai mengandungi dua unsur sama ada benar atau sebaliknya. Allah s.w.t. telah merakamkan peringatan kepada hambanya tentang perkara ini dalam Surah al-Hujurat: Bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. Surah al-Hujurat (49): 6.
Peristiwa al-`Ardah al-Akhirah dapat difahami bahawa cara penerimaan sanad al-Quran adalah dengan membaca ayat suci al-Quran dengan sempurna bermula dari Surah alFatihah sehinggalah surah yang terakhir iaitu al-Nas di hadapan guru yang diyakini sanadnya sampai kepada Rasulullah SAW secara talaqqi atau mushafahah. Setelah sempurna keseluruhannya, maka guru tersebut mengijazahkannya tanda pengiktirafan terhadap kesungguhan anak muridnya dalam menerima bacaan alQuran sebagaimana ia diturunkan. Sebagai simbol kepada pengijazahan tersebut, ada di antara para guru memberikan sehelai kertas dan ditulis sanad-sanad bacaan al-Quran yang diterimanya sehingga kepada anak muridnya. Sebahagian yang lain pula cukup dengan sekadar berjabat tangan dan ditauliahkan dengan menyebut sanad-sanad al-Quran yang diterimanya sehingga kepada anak muridnya.
Keistimewaan Sanad Sistem
pengajian al-Quran secara bersanad mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Ringkasnya, keistimewaan tersebut dapat dinilai melalui:
1. Tradisi Ilmu Islam
Pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka atau talaqqi dalam semua ilmu Islam merupakan kaedah yang dipelopori oleh para Sahabat yang menuntut ilmu daripada Rasulullah SAW. Para Sahabat menerima semua perkara berkaitan Islam dari mulut Rasulullah SAW ataupun mulut Sahabat yang lain bagi mereka yang tidak berpeluang mendengarnya daripada Rasulullah SAW secara langsung. Tradisi berterusan kepada beberapa generasi seperti dalam bidang qira’at, hadis dan fikah. Dalam bidang hadis telah terpakai istilah haddathana atau akhbarana yang menunjukkan hubungan bersemuka di antara guru dan murid.
2. Ketulenan qira’at
Penurunan al-Quran ke atas Nabi Muhammad SAW melalui perantara Jibril AS adalah qira’at atau bacaan dan bukan tulisan. Sesuatu yang tidak berubah adalah qira’at tersebut yang dinilai dari sebuat setiap huruf, perkataan dan ayat. Semua perkara tersebut mesti terpelihara sebagai mana asal qira’at yang diajarkan oleh Jibril AS kepada Rasulullah SAW tanpa sebarang perubahan.sanad(seminar iium).doc
3. Bimbingan berterusan
Konsep talaqqi akan membentuk bimbingan yang berterusan seorang guru (muqri’) terhadap muridnya (qari) kerana seorang murid akan mendengar dan memperdengar qira’at secara menyeluruh dari awal al-Quran sehingga penghujungnya. Konsep talaqqi akan membentuk bimbingan yang berterusan seorang guru (muqri’) terhadap muridnya (qari) kerana seorang murid akan mendengar dan memperdengar qira’at secara menyeluruh dari awal al-Quran sehingga penghujungnya. Tempoh yang diperlukan untuk menamatkan satu pengajaran dan pembelajaran qira’at yang lengkap memakan masa beberapa tahun.
Sanad Pengajian al-Quran
Qira’at Imam ‘Asim Imam ‘Asim ialah ‘Asim bin Abi Najud al-Asadi. ‘Asim merupakan seorang qari yang cukup teliti dan sempurna bacaannya serta mempunyai suara yang baik. Beliau membaca al-Quran dari Zirr bin Hubaysh daripada ‘Abd Allah bin Mas’ud daripada Rasulullah SAW. Beliau meninggal dunia pada tahun 127H. Qira’at beliau pula diterima dan diriwayatkan oleh Syu‘bah dan Hafs secara langsung tanpa perantaraan. Hafs anak tiri ‘Asim yang dipelihara semenjak kecil pula meninggal dunia pada tahun 180H manakala Syu‘bah telah meninggal dunia pada tahun 193H. Imam ‘Asim ialah ‘Asim bin Abi Najud al-Asadi. ‘Asim merupakan seorang qari yang cukup teliti dan sempurna bacaannya serta mempunyai suara yang baik. Beliau membaca al-Quran dari Zirr bin Hubaysh daripada ‘Abd Allah bin Mas’ud daripada Rasulullah SAW. Beliau meninggal dunia pada tahun 127H. Qira’at beliau pula diterima dan diriwayatkan oleh Syu‘bah dan Hafs secara langsung tanpa perantaraan. Hafs anak tiri ‘Asim yang dipelihara semenjak kecil pula meninggal dunia pada tahun 180H manakala Syu‘bah telah meninggal dunia pada tahun 193H.
Riwayah Syu’bah Rasulullah SAW ‘Abd Allah bin Mas‘ud Abu Maryam Zirr bin Hubaysh ‘Asim al-Kufi Abu Bakr Syu‘bah bin ‘Ayyasy bin Salim al-Kufi al-Asadi
Riwayah Hafs Rasulullah SAW ‘Abd Allah bin Mas‘ud Abdul Rahman bin Abdullah bin Habib al-Sulami. ‘Asim al-Kufi Hafs bin Sulayman bin al-Mughirah al-Asadi al-Kufi al-Ghadiri al-Bazzaz
Imam al-Syatibi
Imam al-Syatibi ialah al-Qasim bin Firruh bin Khalaf bin Ahmad al-Ruayni al-Syatibi alAndalusi. Ia mempunyai dua gelaran iaitu Abu Muhamad dan Abu al-Qasim. Al-Syatibi dilahirkan pada tahun 538 di Syatibah iaitu satu kota di timur Andalus. Gurunya ialah Syeikh Abu Muhamad ‘Abd alWahhab, Syeikh Ahmad bin Ibrahim al-Tham, Syeikh Ahmad bin Rajab, manakala Syeikh Ibrahim al-Hamami dan Abu al-Ma‘ali Muhamad bin Ahmad al-Lubnani.
Mujaz Khairuddin bin Said yang bertalaqqi dengan mujiz Jamaluddin bin Adam melalui sanad bacaan al-Quran yang telah diterima daripada al-Fadilah Syeikh ‘Abd Allah bin alJawhari bin ‘Ali cucu Sayyid al-Jawhari telah bertalaqqi daripada Syeikh ‘Amir bin al-Sayyid bertalaqqi daripada Syeikh Hammam bin Qutb bin ‘Abd al-Hadi bertalaqqi daripada Syeikh ‘Ali Sabi‘ bin ‘Abd al-Rahman bertalaqqi daripada Syeikh Hasan Badir yang bertalaqqi qira’at al‘asyarah daripada al-Syatibi daripada Syeikh Muhammad bin Ahmad al-Syahir bi al-Mutawalli, beliau bertalaqqi dengan Syeikh Ahmad al-Durr al-Maliki beliau bertalaqqi daripada Syeikh Ahmad Salmunah
Kecelaruan dalam Pengajaran al-Quran Bersanad
Antara isu yang boleh dinilai dan difikirkan bersama ialah: Pertama: Penganugerahan sanad daripada seorang muqri’ kepada qari dalam tempoh yang singkat. Terdapat seseorang murid yang hanya belajar selama sebulan sahaja dan terus dianugerahkan sanad secara bertulis tanpa bimbingan yang berterusan atau pengajaran yang lebih menyeluruh. Keadaan ini akan menghasilkan beberapa kekurangan dari sudut kekuatan bacaan seseorang murid dan peneguhan yang kurang berkesan.
Kedua: Bayaran yang dikenakan oleh seseorang guru kepada murid. Keadaan ini akan menghilangkan nilai utama dalam pengajian alQuran yang berteraskan khidmat kepada alQuran dan bukan keuntungan dunia sematamata. Pembayaran juga boleh menimbulkan bimbingan yang kurang telus dari kedua-dua belah pihak yang mempunyai kepentingan yang tersendiri jika keimanan dan ketakwaan tidak mampu menjadi pemandu dan pelindungan dalam aktiviti pihak yang terlibat. Ketiga: Sijil sanad yang boleh diperolehi tanpa talaqqi secara menyeluruh dari awal surah alFatihah sehingga ke surah yang terakhir Surah alNas. Keadaan ini berlaku apabila seseorang murid hanya membaca beberapa surah dan guru berpuashati dan memberi pengiktirafan secara bertulis dalam bentuk sanad.
Rumusan dan Cadangan
Keperluan kepada usaha untuk memastikan setiap guru alQuran yang bertindak sebagai muqri’ mempunyai sanad qira’at untuk memenuhi kepentingan sanad itu sendiri. Dalam masa yang sama fenomena ini akan memberi impak untuk melahirkan keyakinan dari sudut keaslian bacaan seseorang yang akan membentuk bacaan para pelajar pula. Penganugerahan sanad mesti mengikut etika dan prosedur yang betul kerana sistem ini merupakan satu pengiktirapan seorang guru kepada muridnya dalam penguasaan qiraat alQuran. Pemberian atau penganugerahan atas dasar kepentingan dunia semata-mata akan merosakkan sistem yang diwarisi daripada Rasulullah SAW. Semua pihak yang terlibat dengan pengajian atau pengajaran al-Quran mesti mengiktiraf sistem ini dan pihak yang terlibat sebagai satu pengiktirafan yang benar-benar ikhlas dalam menyumbangkan khidmat dalam urusan agama.