1
Tuan Pengetu dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah dilantik dan berharap mereka akan membantu guru-guru PSS dan Guru Bimbingan & Kaunseling menjalankan aktiviti tahunan. Beliau juga menyeru semua pelajar supaya rajin membaca dan menulis ulasan dalam buku rekod NILAM. Pengetua juga berharap semua guru terutamanya guru-guru Bidang Bahasa agar memberikan kerjasama menjayakan program NILAM dengan menyemak buku-buku rekod NILAM pelajar dan memberi galakan dari semasa ke semasa.
halaman
SMKA Segamat : Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan AJK Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah diadakan pada hari Ahad 15 Februari 2015 bertempat di Dewan Luqman al-Hakim SMKA Segamat. Seramai 40 orang pelajar telah diberikan Watikah Pelantikan Pengawas PSS sementara 36 orang pelajar menerima Watikah Pelantikan AJK PRS bagi tahun 2015. Dalam majlis yang sama, tuan Pengetua turut melancarkan Program NILAM dengan menandatangani Bunting khas sebagai gimik perasmian.
LATIHAN DALAM PEERKHIDMATAN (PLC) ( 14 FEB 2015 )
MAJLIS PERPISAHAN UST. RIZAL RAZALI, EN.KAFLI KASBULLAH DAN EN RAZAK MUSTAPHA ( 14 FEB 2015 )
halaman
2
PELANCARAN PROGRAM SUMUR NEGERI JOHOR ( 15 FEB 2015 )
PERTANDINGAN MAJLIS TADARUS QURAN (MTQ) PERINGKAT SMKA SEGAMAT ( 15-16 FEB 2015 )
MESYUARAT MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (MPSM) NEGERI JOHOR 16 FEB 2015 )
(
“Saya mengajak anda semua berlari bersamasama saya, mengembleng tenaga, tingkatkan segala potensi ke arah menggapai… SEMANGAT JUARA”. > Program LDP: PLC [14 Februari 2015] “MURID HEBAT kerana gurunya hebat, Program NILAM mencetuskan banyak manfaat khasnya ilmu pengetahuan sebagai asas kehebatan.”
Penasihat > Ust. Mohd. Fauzan bin Mohamed Mokhtar Editor > Ust. W Zainuzzaman bin Wan Abdullah Penolong Editor > Ust. Rumaja bin Sarmin Diterbitkan > Unit Perhubungan & Dokumentasi, SMKA Segamat
halaman
EDITORIAL BULETIN INSPIRASI SEMANGAT EDISI 06/2015
3
> Pelancaran Program Nilam SMKA Segamat [15.02.2015]
halaman
4
BICARA ILMU 5 : SEKOLAH RINTIS ABAD KE-21 (21st Century)
halaman
5
PROGRAM
TARIKH
PENYELARAS & SETIAUSAHA
1
Maulidur Rasul S.A.W.
17 Jan. 2015
Ust. Mohd Norsam bin Abdul Rahman Uzh. Nurul Nadia binti Aripen
2
Isra’ dan Mi’kraj
16 Mei 2015
Ust. Mohd Norsam bin Abdul Rahman Uzh. Siti Nur Sabrina bt. Mohamad Razi
3
Pelancaran Ihya’ Ramadhan
21 Jun 2015
Ust. Abdul Hadi bin Mohamed Suhaimi Uzh. Syazwani binti Saleh
4
Forum Nuzul Al-Quran
05 Julai 2015
Ust. Abdul Hadi bin Mohamed Suhaimi Ust. Mohd Rizal bin Razali
5
Majlis Khatam AlQuran
15 Julai 2015
Ust. Abdul Hadi bin Mohamed Suhaimi Uzh.Arifah binti Ayub
6
Solat Hajat Perdana
08 Okt. 2015
Ust. Abdul Hadi bin Mohamed Suhaimi Ust. W Zainuzzaman b Wan Abdullah
7
Program Korban Perdana & Sembelihan
27 Sept. 2015
Ust. Abdul Hadi bin Mohamed Suhaimi Ust.Rumaja bin Sarmin
8
Pengurusan Jenazah
Selepas PT3
Ust. Abdul Hadi bin Mohamed Suhaimi Ust.Rumaja bin Sarmin
9
Amali Ibadah Haji
Selepas PT3
Ust. Abdul Hadi bin Mohamed Suhaimi Uzh. Norsariah binti Mohamad
10
Maal Hijrah 1437H
14 Oktober 2015
Ust. Abdul Hadi bin Mohamed Suhaimi Ust. M Nazom bin Mohd Yusof
halaman
BIL
6
AKTIVITI MAKDIS
halaman
7
'Uwais al-Qarni' ada
seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan. Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya. Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit. Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa'atnya. Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya. Dia adalah 'Uwais al-Qarni' siapalah dia pada mata manusia... Tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya. Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia. Suatu ketika, seorang fuqoha' negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian
tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata: "Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri." Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa. Bagi menampung kehidupannya seharihari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukupcukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Apabila ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan.Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya. Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung.
8
Nabi Muhammad S.A.W,
halaman
Pada zaman
Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuhmusuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais. Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, "Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?" Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah. Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah. Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau
"Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang." Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi. Sesudah siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman. Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya. Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina 'Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais. Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang. Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman. "Engkau pulang."
harus
lekas
………………..bersambung
9
Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan. Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?
amat faham hati nurani anaknya, Uwais dan berkata,
halaman
Sekembalinya di Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.
halaman
10
IZHAR MUTLAQ Izhar Mutlaq juga dikenali dengan nama Izhar Wajib. Ia bermaksud apabila nun sakinah dan huruf-huruf idgham bertemu dalam satu perkataan, maka nun sakinah tersebut hendaklah dizahirkan atau dijelaskan sebutan hurufnya Hukum ini hanya berlaku pada empat perkataan sahaja di dalam al-Quran. Ini bertujuan untuk memelihara makna asal perkataan-perkataan tersebut yang mungkin berubah sekiranya dibaca dengan hukum idgham. Tanda sukun di atas nun sakinah menunjukkan bahawa huruf nun tersebut hendaklah dijelaskan sebutannya.
halaman
11
4 perkataan tersebut ialah ;
halaman
Imam Malik Rahimahullah ialah Malik bin Anas bin Malik Amir Al-Harith dilahirkan di Kota Madinah pada 93 Hijrah (713 M). Beliau berasal dari keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat kerana datuknya Amir bin Al-Harith banyak berkorban bersama Nabi Muhammad s.a.w. dalam menegakkan agama Islam. Kehidupan keluarganya yang susah tidak memadamkan cita-citanya untuk menjadi orang yang berilmu. Berkat usahanya yang gigih dan bersungguhsungguh, akhirnya beliau muncul sebagai seorang ulama, hartawan, dermawan, dan berjaya memegang jawatan Mufti Besar di Madinah. Beliau pernah menjadi guru sedari usia 17 tahun dan dapat mengajar dengan baik walaupun masih muda. Majlis pengajian beliau dilakukan di Masjid Nabawi. Beliau yang juga pengasas Mazhab Maliki meninggal dunia pada 10 Rabiulawal 179 Hijrah bersamaan 798 Masihi ketika berusia 86 tahun dengan meninggalkan 3 putera dan seorang puteri. Mazhab Maliki berkembang di beberapa tempat di dunia seperti Maghribi, Algeria, Libya, Iraq dan Palestin.
12
INFO ISLAM